- Tari Jaipongan
- Tari Topeng
- Tari Merak
- Kesenian Cianjuran
- Kesenian Cirebonan, dll
Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam.
Sunda adalah sebuah kumpulan etnik yang menduduki bahagian barat Pulau Jawa di Indonesia dengan jumlah penduduk sebanyak 31 juta. Kebanyakan orang Sunda menganut agama Islam dan mereka menutur sebuah bahasa yang dipanggil, Basa Sunda.
Sejarah
Catatan sejarah paling lama yang ditemui mengenai perkataan "Sunda" telah dijumpai di naskhah Kebonkopi2 yang bertarikh 536 AD. Perkataan Sunda mungkin berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud 'air' atau 'cahaya'.Bahasa
Bahasa Sunda digunakan oleh lebih kurang 27 juta orang dan merupakan bahasa kedua paling banyak digunakan di Indonesia selepas Bahasa Jawa. Bahasa ini ditutur oleh mereka di bahagian selatan Provinsi Banten dan di kebanyakan tempat di Jawa Barat. Di Jawa Tengah, bahasa Sunda digunakan di daerah Brebes selatan dan Cilacap utara.Ada terdapat beberapa dialek dalam bahasa Sunda, dari dialek Sunda-Banten ke dialek Sunda-Jawa Tengahan yang mencampurkan banyak elemen daripada bahasa Jawa. Beberapa dialek yang jelas kedengaran adalah:
- Banten,
- Bogor,
- Priangan, dan
- Cirebon.
SUMBER : www.wikipedia.co.id/sunda dan www.wikipedia.co.id/silat